Kerohanian
Penerapan solat berjemaah, hafazan Al-Quran, bacaan Al-Mathurat & tazkirah. Kerana hati yang tenang melahirkan minda yang cemerlang.
Program Persediaan SPM Terulung 2026
Bukan sekadar belajar untuk lulus. Sertai Mukhayyam intensif 2 Hari 1 Malam yang direka khas untuk membentuk pelajar berdisiplin, mempunyai hala tuju dan kekuatan dalaman untuk berjaya dunia dan akhirat.
Terhad kepada 100 pelajar terawal sahaja.
Kerana hari ini, cabaran anak kita bukan semata-mata kerana mereka "tidak pandai", tetapi berpunca daripada ketiadaan asas yang kukuh:
Kami mensasarkan golongan pelajar yang mahu berubah tetapi tidak tahu dari mana untuk bermula. Pastikan anak anda tersenarai jika mereka adalah:
Calon SPM 2026 yang mahu membuat pecutan berstruktur.
Pelajar Tingkatan 4 yang berwawasan untuk buat persediaan seawal mungkin.
Pelajar yang kurang motivasi belajar & mudah hilang fokus akibat gajet.
Pelajar yang mahu tingkatkan prestasi akademik dan menembusi universiti idaman.
Program intensif dan berstruktur ini direka khas untuk bukan sahaja mengasah minda para pelajar untuk peperiksaan, malah memupuk jiwa yang tenang dan positif.
Pendedahan teknik belajar Student A+ (berdasarkan kajian kepada pelajar cemerlang SPM Malaysia)
Pengisian rohani dan qiamullail sebagai pelindung kekuatan emosi dan kebergantungan kepada Ilahi.
Modulasi lonjakan paradigma minda untuk mencipta momentum cemerlang secara berterusan.
Janji Kami
Kebanyakan seminar hanya mengajar 'cara belajar'. Tetapi Mukhayyam Mumtaz membina 5 teras ini dari dalam diri peserta.
Penerapan solat berjemaah, hafazan Al-Quran, bacaan Al-Mathurat & tazkirah. Kerana hati yang tenang melahirkan minda yang cemerlang.
Membimbing anak mengenali potensi diri, membina keyakinan yang utuh, dan menghapuskan mindset negatif untuk terus berjaya.
Bukan belajar kuat, tetapi belajar dengan BETUL. Pendedahan teknik belajar Straight A, cara ulang kaji, teknik fokus & pengurusan masa.
Membina impian yang jelas secara visual. Peserta akan membina target SPM, Universiti Impian, Kerjaya Impian & Pelan Tindakan sendiri.
Sepanjang 2 Hari 1 Malam, kemahiran insaniah dibina menerusi latihan ketepatan masa, kerjasama berpasukan, berdikari & mengurus diri.
Lengkapkan anak anda dengan senjata kejayaan ini.
Pengisian padat yang direncanakan oleh barisan penceramah bertauliah.
Memberikan suntikan inspirasi tahap tertinggi! Beliau akan berkongsi pengalaman bagaimana elemen disiplin ketenteraan, daya kepimpinan, dan pegangan agama menjadi asas utama kejayaan yang tidak boleh dijual beli dalam kehidupan seorang pelajar.
Menghapuskan rasa malu. Fokus kepada membina keyakinan diri yang tinggi, kemahiran komunikasi berkesan dan kerjasama berpasukan yang mantap.
Pendedahan psikologi. Pelajar akan mengenali tiga elemen penting yang menjadi pemacu minda bawah sedar ke arah kecemerlangan akademik.
Sesi praktikal. Peserta dibimbing untuk menghasilkan 'Dream Board' fizikal mereka sendiri supaya sentiasa jelas hala tuju menuju hari SPM.
Rahsia 'Top Student'. Belajar kaedah sebenar bagaimana pelajar cemerlang menguruskan jadual pembelajaran dan nota mereka secara sistematik.
Tarikh & Hari
15 & 16 Ogos 2026
(Sabtu & Ahad)
Masa
Mula: 8.00 Pagi (Sabtu)
Tamat: 12.00 T.Hari (Ahad)
Tempat
Masjid Bagan Pinang,
Port Dickson
Tempah tempat untuk anak anda sekarang hanya dengan 4 langkah mudah.
Lengkapkan butiran diri anak anda melalui sistem pendaftaran rasmi kami.
Sahkan tempat dengan membuat pembayaran yuran menerusi perbankan internet (FPX).
Pihak urusetia akan menghantar jadual aturcara dan senarai barangan keperluan melalui emel/WhatsApp.
Hadir mendaftar masuk pada hari kejadian dengan semangat berkobar-kobar!
Selepas tamat program, peserta bukan sahaja mendapat sijil, malah senjata ini:
Kemeja-T Rasmi Mukhayyam Mumtaz material Microfiber sejuk.
Set lengkap nota padat dan latihan soalan berformatkan SPM sebenar.
Sijil penyertaan yang berprestij dan amat bernilai untuk fail PAJSK.
Tawaran Khas Early Bird 🕊️
Harga di atas adalah yuran penyertaan untuk seorang pelajar.
Pendaftaran akan ditutup serta merta apabila kuota 100 peserta penuh.
Mukhayyam Mumtaz SPM 2026 berdurasi 2 Hari 1 Malam (Sabtu & Ahad). Masa adalah padat dan dimanfaatkan sepenuhnya dari pagi hingga ke malam.
Semua pelajar Tingkatan 5 tahun 2026 yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pelajar Tingkatan 4 juga dialu-alukan jika ingin membuat persediaan awal.
Ya, yuran yang dibayar adalah Pakej Lengkap. Penginapan di Masjid (asing lelaki & perempuan) serta makanan berjadual disediakan sepenuhnya oleh urusetia.
Tidak Dibenarkan. Ini adalah polisi ketat untuk melatih displin dan detoks gajet. Sekiranya berlaku kecemasan, ibu bapa boleh berhubung terus melalui nombor telefon urusetia bertugas.
Alat tulis lengkap, pakaian sukan/kasual yang sopan menutup aurat, baju kurung/baju melayu untuk solat Jumaat, kelengkapan mandian peribadi, dan ubat-ubatan peribadi jika ada penyakit tertentu.
Wang pendaftaran tidak akan dikembalikan (No Refund). Namun begitu, ibu bapa dibenarkan untuk mencari wakil pelajar lain bagi menggantikan tempat kekosongan tersebut dengan memaklumkan kepada urusetia selewatnya 3 hari sebelum program.
Ya, keselamatan peserta adalah keutamaan kami. Terdapat urusetia (fasi) yang memantau pergerakan pelajar 24 jam. Kawasan masjid juga dikawal oleh petugas dengan baik.
Program ini dianjurkan secara rasmi oleh Konsultan Alaf Academy dengan kerjasama pengurusan Masjid Bagan Pinang, Port Dickson.
Demi menjaga kualiti dan fokus para pelajar, kami hanya mengehadkan kemasukan kepada 100 orang pelajar SAHAJA. Sebaik sahaja kuota penuh, pendaftaran akan ditutup sertai-merta!
Beri peluang kepada anak anda untuk merasai pengalaman berharga di Mukhayyam Mumtaz SPM 2026. Ayuh kita usahakan yang terbaik buat masa depan mereka.
*Slip pendaftaran dan tiket akan dihantar menerusi emel secara automatik.
Sekiranya ada pertanyaan lanjut, boleh rujuk butiran di bawah.
Boleh hubungi kami atau mesej melalui aplikasi WhatsApp di talian: 013-8765196 pada waktu bekerja (9:00 pagi - 5:00 petang).
Sebarang pertanyaan teknikal berkenaan resit/invois boleh dipanjangkan terus ke emel rasmi kami: alaftraining@gmail.com
Program ini adalah sebuah ikhtiar sokongan bagi membantu persediaan murid-murid berdepan peperiksaan. Keputusan akademik individu masih bergantung kepada usaha dan keazaman pelajar itu sendiri.